Saturday, January 22, 2011

Menjejak Sepit Biru

Salam Memancing...

Beberapa minggu yang lalu kita dikejutkan dengan berita penemuan dan serangan dari haiwan spesis reptilia yang sememangnya digeruni oleh semua orang yang lebih senang kita nak sebut dengan nama'Sang Bedal'.

Tetapi sememangnya lumrah manusia selalu mudah melupakan perkara yang agak menggerunkan seperti itu bila keseronokan dan keghairahan mendahului semua aspek yang lain.
Pelawaan si penjejak sepit biru seperti Ijan untuk menjejak spesis itu yang dikatakan sudah mula menggalak sejak ia menghilang ketika musim hujan yang lalu membuatkan aku terlupa sejenak perkara yang menggerunkan itu.

Trip ini dibuat ketika penghujung Disember 2010 yang lalu. Anggota trip seperti biasalah hanya aku, Ijan, dan seorang anggota baru, lokman.

Nak cerita panjang lebar aku tak pandai. Korang tengok lah gambar kat bawah ni ek..
Layan..

Lokman yang first time memancing udang galah pun berjaya menaikkan sepit biru.. Tahniah..


Camne.. ok tak..? hehe..


Yang otai ni takyah citer la.. lepas dia..dia lagi..


sepit kuning pun ok..hehe


sepit separuh biru, separuh kuning..


sepit yang hampir biru sepenuhnya..yeah..!

Yang ni takde sepit ye, ikan duri namanya..hehe


Yang ni pun ok kalau masak lemak cili padi.. nyum..nyum..!!

Tak kira walau dimana anda memancing, selalu harus diingat, berhati-hatilah ketika memancing.. ingat orang yang tersayang. Wassalam..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...