Saturday, December 5, 2009

MENDUGA PERAIRAN SEDILI

Sedili.. Nama yang selalu menjadi sebutan di kalangan pemancing2 dengan acara pancingan laut dalam.. Biasanya ikan yang menjadi target pemancing2 yang turun ke Sedili ialah ikan tengiri..

Cara yang lebih berkesan untuk memancing tengiri di sini ialah dengan kaedah umpan hidup berhanyut.Dalam trip ini kami menggunakan ikan selar hidup yang kami pancing menggunakan apolo sebagai umpan.

Set pancing yang kami gunakan tidaklah besar.Kekili cukuplah sekadar spinning bersiri 3000 - 4000 ataupun kekili menegak yg seumpama dengannya. Joran berskala PE 1.5 sahaja.. Tali utama 25 - 30lb braided line... perambut flurocarbon 30lb dengan kepanjangan 7 meter ataupun lebih kurang 4 depa tangan.. dan disambungkan dengan perambut steel putih 25 - 30lb . Elakkan menggunakan perambut yang lebih besar kerana tengiri di sini agak sensitif dengan perambut yang kasar. Lagi cantek kalau gunakan perambut flurocarbon invisible line... Mata kail bernombor siri 2/0 -3/0. Kami tidak menggunakan swivel, sebaliknya kami menyambung perambut ke tali utama dengan ikatan fg knot supaya perambut yang panjang tadi senang di karau masuk terus ke dalam spool..


Berikut adalah antara gambar2 yang sempat aku rakamkan semasa aku mengikut rakan2 seperjuangan menduga perairan sedili ini..layan..
Bila tengiri tak nak makan, main bottom la jawabnya..
ikan merah tunggal trip ini.. ikan lain terus hilang selepas sambaran kuat pada joran aku dan rabut (terlepas) selepas lima minit bertarung..hampeh tul !!

p/s : Untuk memperoleh ikan merah atau ikan bersisik yang banyak pastikan semasa menaikkan ikan jangan sampai terputus ataupun ikan rabut(terlepas) dari matakail. Apabila ikan yang terlepas memecut dengan mengejut, ini akan menyebabkan ikan2 lain ketakutan dan menghilang terus dari situ. Sebab selalunya ikan2 ini bergerak dalam kumpulan. Ini petua orang tua2. Kalau korang nak percaya, percayalah..kalau tak nak percaya pun, percayalah.. Hehe..


Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..

gelama @ tirusan


Kerapu a.k.a malabar grouper ( Epinephelus malabarikus )


Antara hasil yang diperolehi menggunakan teknik pancingan dasar


Lagi gambar hasil tangkapan.


Cencaru makan petang... ini adalah sebahagian dari ikan lauk yang kami dapat menggunakan kaedah apolo

Sesi mengagih-agihkan hasil tangkapan

Faraid betul2 beb.. jangan sampai ada yang kecil hati..


Harapan kami agak menggunung untuk menjerat tengiri dalam trip ini, tetapi tiada tengiri yang berjaya didaratkan.. Walau apapun kami tetap bersyukur dengan hasil tangkapan sepanjang sehari memancing. Apa yang pasti aku akan kembali satu hari nanti untuk memburu tengiri lagi.. Majulah Memancing Untuk Negara.. Yeah!!

Adios..!!

4 comments:

  1. http://firestartingautomobil.blogspot.com/

    Salam buat ko eeeemmmmm siap ade petua.... info yang baik..... banyak nya cencaru....abang klu jual ni berapa hengget sekilo..... hah ko faraid sesama sendiri kat aku tak termasuk ke pembahagian harta tu... klu tak pun ko wasiatkan aje lah joran ko tu kat aku....wow aku sedang cari blog yang ko katakan tu kat blog ko....sekarang aku sedang mencari pancingan dasar kat awek2 kat blog ko ni....

    ReplyDelete
  2. Haha..bahagian ko takde dalam hukum faraid.. hah!! ko nak mancing awek plak.. awas awek2 sekalian.. jauhi diri anda dari pemancing darat ini.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Well done .....congratulation bro..!!
    Saya akan ke Sedili pada 20th Mac 2010 ni dgn botPak Aris...harap2 dapathasil seperti tuan...

    From
    Sahir.
    sahirans@gmail.com

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya bro sahir.. yg penting enjoy..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...