Sunday, April 18, 2010

TG LEMAN

Salam Sejahtera...
Jutaan terima kasih saya tujukan kepada pembaca budiman yang sentiasa menyokong blog ini..

Kali ini saya ingin kongsikan bersama sedikit pengalaman bersantai suatu ketika dahulu di sebuah lokasi memancing di selatan Tanahair... Tanjung Leman, Johor..

Perjalanan ke lokasi memancing dari bandar Johor Bahru tidaklah mengambil masa yg lama. Lebih kurang sejam setengah je..

Saksikan sekeping dua gambar yang sempat saya rakamkan ketika itu..
Layan....

Lokasi memancing yang berbatu dan cantik dipandang..
Lokasi memang cantik beb.. Boleh bawak kereta sampai tepi pantai tuu..

Gelama taring tunggal dalam trip ini

Pari Pertama dan terakhir kami pada hari itu..

Walaupun kami cuma mendapat seekor pari dan seekor gelama taring dalam trip ini, kami tetap puas kerana kami tidak mensasarkan hasil pancingan semata-mata. Apa yang kami sasarkan ialah dapat berehat dan bersantai, serta bergembira dan bergelak ketawa bersama kengkawan adalah cukup pada kami..

Walaubagaimanapun, ikan pari yang kami dapat pada hari itu telah selamat kami lepaskan ke dalam periuk asam pedas yang dimasak untuk kami santap pada keesokan harinya.. hahaha..
ikan baru beb.. masih terasa manis isinya.. slurrpp..!! memang lazat.. heh..heee..

Sekian saja untuk kali ini.. jumpa lagi dalam post akan datang.. Adios..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...