Tuesday, July 13, 2010

Sedili Oh Sedili 2


Salam Sejahtera..

Dalam entri yg lalu saya telah memaparkan trip memancing ke perairan Sedili, Johor yg dibuat oleh rakan pancing.

Dalam entri kali ini saya pula yg hendak menduga nasib di perairan Sedili yg agak tersohor di kalangan pemancing selatan tanahair ini.. Saksikanlah gambar2 di bawah..

Pemandangan pagi di tepi jeti Sedili Besar yang amat mendamaikan

Perjalanan kami ke tempat berlabuh pertama sepatutnya memakan masa lebih kurang dua jam setengah. Tetapi malangnya bot milik tekong Pak Aripin yang kami naiki mengalami sedikit masalah kerosakan di bahagian enjin bot di pertengahan pejalanan. Dengan berkat pengalaman, kesabaran dan kecekapan tekong kami kerosakan di bahagian enjin bot dapat di atasi kira2 hampir 40 minit kemudian. Alhamdulillah..


Tekong Pak Aripin sedang memperbaiki enjin bot

Sempat juga saya dan Wahid berposing ketika menunggu bot dibaiki. hehe..

" peace brother..! " kata Pak Habib

Abang Rosli dan anakku Sazali..hehe

Ikan ape ni plak ni..? sea bass kot..??

Spesis ikan karang..

kerapu panau oleh Wahid

ketarap @ bayan @ parrot fish

kerapu keling..

kerapu keling lagi
Inilah hasil yang tak seberapa.. apapun kami tetap bersyukur.. Alhamdulillah..

Sekian..



Monday, July 12, 2010

Aku dan KERAPU



Salam Sejahtera..

Entri kali ini membawa kita ke Kuala Sedili, Johor..Pelawaan dari sahabatku, Hamdy untuk memancing di kampung halamannya tidak aku lengahkan.. dengan pantas aku mengatur masa dan meng'adjust'kan cuti untuk menjayakan trip ini..

Dengan bersenjatakan set pancing ringan dan mempraktikkan teknik pancingan dasar Kuala Sedili aku tempuhi.. ceh.., Hehe..

Tak payah la nak berbunga lagi.. korang tengok je la gambar kat bawah..


Aku dan pilot bot, Faisal (abang kepada sahabatku Hamdy) dalam perjalanan dari jeti ke kuala Sungai Sedili

Hamdy selaku anchorman pada hari itu..

Kerapu pertama yang berjaya aku naikkan.. Sememangnya banyak kerapu bersaiz begini di sini. hinggakan kami tak menang tangan dibuatnya.. hehe.. syok woo..!!

Ikan depu pun ada di sini..

Dua ekor spesis ikan depu yang berbeza.. hehe layan..

Ketarap @ Bayan @ Parrot fish

Akhirnya, selepas hujan reda aku berjaya mendaratkan seekor kerapu yang dipanggil kerapu 'tongkah' oleh nelayan di sini.. Hehe.. layan beb..

Trip ini memang memberikan kepuasan kepada aku, ragutan ikan yang agak galak membuatkan kami terpaksa naik ke darat untuk membeli udang kerana kehabisan umpan. Tetapi, sayangnya disebabkan hujan dan kealpaan kami melayan ragutan ikan membuatkan kami terlupa untuk mengambil gambar2 yang menarik.

Sekian sahaja untuk kali ini, sebarang pandangan dan komen bolehlah diajukan di ruangan shoutbox chat atau komen..
Adioss..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...