Monday, August 16, 2010

Siakap Ramadan di Bandar Maharani



Salam Ramadan..

Kepulangan aku ke kampung pada awal bulan Ramadan untuk berbuka dan bersahur bersama-sama keluarga di kampung membawa berita menarik dari rakan-rakan di kampung.

Aku dikejutkan dengan rekod dan tangkapan siakap yang dibuat rakan2 di jambatan sungai Muar.

" SIAKAP MENGGILA DI SUNGAI MUAR "

Berita ini membuatkan aku benar-benar teruja untuk menduga siakap Sungai Muar ini tetapi malangnya aku tidak membawa set pancing ketika balik cuti hari itu. Hampeh tul..!!

Nak buat camne..? Korang tengok je lah gambar2 di bawah..


Sam dengan Siakap seberat 3.8 kg


Sudirman bergaya dengan siakap pinjam.. hehe..


Shahrul dengan siakap 1.6kg


Shahrul dengan rekod terbesar, Siakap 6.3 kg. Cayalah bro..

Tahniah kepada rakan2 dan hasil tangkapan masing2. Dan yang pastinya kalau ada rezeki dan masa, aku pulak yang akan menaikkan siakap di Sungai Muar ini suatu hari nanti.. Insyaallah...
Sekian.. Adioss..!!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Al Mubarak






Firman Allah S.W.T ...

Wahai orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa.

Surah Al Baqarah, ayat 183






Abu Hurairah telah berkata, Allah SAW telah bersabda yang bermaksud,

" Sesiapa yang telah berpuasa dengan penuh Keimanan dan Keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosa yang telah lalu. "

Riwayat Imam Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Habbah dan Baihaqi.


Friday, August 6, 2010

Suka-suka di Tg Emas Muar


Post kali ini adalah sekadar memenuhi ruang blog ini yang setelah sekian lama tidak diupdate. Maklumlah penulisnya agak busy dengan tugas.

Oleh itu, saya bawakan anda semua ke kampung halaman saya sendiri di Bandar Maharani, Muar, Johor.

Bandar Maharani adalah salah sebuah bandar di dalam daerah Muar di negeri Johor. Salah satu tempat riadah di bandar ini yang selalu dikunjungi keluarga adalah Tanjung Emas.

Macam-macam aktiviti ada di sini. Selain dari karnival,pertandingan memancing dan ekspo jual-jualan yang kerap diadakan, kita juga boleh membawa keluarga untuk berjogging, berpiknik, bersantai dan memancing suka-suka. Hehe..



Jeti Tg Emas


Besar Punya..!!

Macam yang saya cakap tadi, kita boleh memancing suka-suka di sini. Lihatlah hasilnya. Suka tak? hehe..

Hairie dengan ikan duri pulut, antara member yang selalunya jarang menolak pelawaan untuk memancing suka-suka ini.


Antara pengunjung yang melepak dan bersantai menikmati pemandangan petang.


Terkesima dan terpaku sejenak bila menyaksikan pemandangan yang indah dan cantik begini. Indahnya alam ciptaanNya...


BULETIN PANCING

Lukhman VS Pari

Gambar ini adalah kiriman dari Lukhman, adik bongsu aku yang mengikuti jejak abangnya yang menggemari hobi memancing ini. Ternyata nampak kepuasan di wajah beliau setelah berjaya mendaratkan pari untuk pertama kali. Lokasi memancing adalah di pantai Tanjung Tohor, Muar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...