Tengiri atau dalam bahasa Inggerisnya makerel sememangnya adalah spesis yang menjadi buruan dan kegilaan pemancing-pemancing kerana daya pecutannya yang luar biasa dan kemampuannya memberikan perlawanan yang hebat ketika pemancing cuba untuk mendaratkannya.
Trip memancing yang ingin saya ceritakan kepada anda semua telah berlangsung kira-kira beberapa minggu yang lepas. Trip yang kali ke berapa ntah saya pun tak ingat ini membawa kita ke perairan laut Sedili, Johor. Kami menggunakan khidmat tekong yang agak tersohor iaitu Pak Nuar. Beliau cukup dikenali bukan sahaja dikalangan pemancing-pemancing dari Johor, malah ada juga pemancing-pemancing dari Kuala Lumpur dan Singapura yang menggunakan khidmat beliau.
Dalam trip kali ini, ikan yang menjadi sasaran peribadi saya ialah tengiri. Sememangnya sudah sekian lama saya mengidamkan untuk merasakan pecutan luar biasa dan kehebatan daya juang tengiri yang selama ini saya dengar dari mulut rakan-rakan pemancing sahaja.
Cencaru makan pagi.. Untuk acara pembukaan, kami memulakan pancingan dengan acara apolo ataupun acara yang dikenali juga dengan nama yoyo. Acara awal pagi ini memang agak meriah ketika itu kerana kami disambut baik oleh kumpulan-kumpulan ikan lauk dan ikan umpan seperti cencaru, selar, tamban dan kembung.
Showtime..!!
Wayne dengan cencaru yang berjaya dijinakkan dengan apolo.
Enal nampak gembira dengan cencarunya yang agak kasar.. bukan Enal je, semua orang pun sama..hehe..
Dari 3 of a kind hingga ke full house pun ada. meriah..meriah..
Satu-satunya ikan tuna @ tongkol yang berjaya dinaikkan dengan teknik apolo..
Tengiri pertama yang berjaya dipancing oleh tekong kami. (aku pinjam untuk ambil gambar je. hehe..)
Beberapa ikan yang berjaya dipancing dengan teknik apolo yang sempat saya rakamkan..
Abg Burn, pembantu tekong merangkap tukang masak kami sememangnya pakar dalam memasak di atas bot. Terutama sekali ikan masak kari dan asam pedas. Sekali rasa teringat sampai bila-bila beb..
Makan time..!!
Tengiri di sini boleh dikatakan agak cerewet juga. Keadaan air yang tenang beginilah merupakan masa yang sesuai untuk menghendap tengiri. Selalunya jika air agak berombak dan berkocak tiada tengiri yang ingin menjamah umpan..
Kami menggunakan umpan hidup untuk menjerat tengiri. Umpan yang biasa digunakan di sini adalah ikan selar dan kembung hijau. Pemilihan perambut juga memainkan peranan yang penting. perambut tidak perlulah terlalu kasar. Cukuplah sekadar tali perambut fluorocarbon berkekuatan 30lb dan disambung dengan perambut coated steel 30lb. Mata kail pula janganlah terlalu kecil kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk hook up ataupun matakail boleh ternganga. Dalam trip ini kami menggunakan mata kail bersaiz 3/0 ataupun 4/0.
Yess!! Akhirnya.. spesis yang selama ini saya idamkan kini berada dalam genggaman. Tengiri ini berjaya saya daratkan setelah bertarung lebih kurang 10 minit.. Lesen..lesen..!! Yeahh!!
Zul merupakan organizer trip ini dan telah berjaya mendaratkan kerapu terbesar.. Tahniah untuk beliau..
Mawi dan kerapu panau @ kerapu batu..
Tengiri kedua aku yang lebih besar dari tengiri pertama. Berskala lebih kurang 7-8 kg beratnya. Yeahh!!
Ikan ketarap @ bayan @ parrot fish yang aku naikkan dalam masa kecederaan..
Sebahagian dari ikan-ikan lauk yang kami apolo tadi sedang dibahagi dan difaraidkan sama rata di akhir sesi memancing..
Dalam trip kali ini saya sangat bersyukur dan berpuas hati setelah berjaya mencapai target peribadi saya iaitu lesen ikan tengiri kerana bukan semua pemancing akan bernasib baik seperti saya. Setiap pemancing sememangnya berharapan untuk mendapatkan keputusan memancing yang baik. Tetapi tidak semuanya berakhir seperti yang diharapkan. Semuanya bergantung pada bermacam-macam faktor seperti cuaca, keadaan air, kaedah memancing, pemilihan umpan, penggunaan perambut, kesesuaian masa dan bermacam-macam lagi. Semua perkara ini haruslah diambil kira untuk mendapatkan keputusan dan hasil pancingan yang lebih baik.
Sekian sahaja untuk kali ini.. Wassalam..