" Trekking..!! Camping..!! Pancing..!! "
Begitulah kata2 semangat Kamal yang meracun
aku untuk join trip masuk hutan ke utara tanahair, Hutan Simpan Royal Belum, Perak.
Nampak macam best.. Memang best pun.. korang tak percaya ? Saksikan
gambar2 di bawah.. Zass..!!
Galeri foto
Jamuan makan yg ditaja En Lan Zainol sebaik sahaja kami tiba di Penang semalam sebelum xpdc bermula..
Meor dengan aksinya memegang menu special, udang dalam buluh. nyum..nyum..!!
Memang sedap dan menyelerakan, terima kasih kepada En Lan Zainol..
XPDC bermula..
Ketika kami sedang bersiap sedia untuk bergerak se awal 6 pagi. Berkumpul di Perumahan Kastam, Penang dan konvoi ke Jeti Tasik Banding, Perak.
Matahari pun lom bangun lagi beb..
Awas..!! rusa terbang..!!
Ketika sedang bersarapan di sebuah RnR
Sampai di jeti Tasik Banding, acara memunggah segala peralatan dan keperluan ke dalam bot.
Rempit time..!!
Memang cun port kat sini, nampak macam lubuk toman nih..
Kami singgah ke perkampungan orang asli Sg Tiang untuk bertemu brader guide yang menunggu kami di situ. 4 orang guide kami. 2 orang ori, 2 orang local..
Kemudahan chalet pun ada disediakan.
Pejabat renjer hutan untuk urusan permit dan kebenaran masuk hutan.
" Sampai sini je, air deras sgt, keruh, tak nampak batu.. " kata pilot bot kami. Karang terlanggar batu tak pasal2 terjun sungai.. lebih baik berjalan daripada berenang..hehe. Maka bermulalah episod trekking dan menangkis pacat.. hiyahh!!
Mula2 nampak macam ok..
lama2.. haahh.. pancit dah..
En Md Mie dan 2 org ori yg menjadi guide kami, Mr Bola anak Tambun dan adiknya yg agak low profile dan tidak mahu namanya disebut di sini, tak nak glamer katanya. ( sori, aku lupa la nama dia.. Hahaha..!! )
Tapak kaki gajah beb.. baru lagi tu..
Tahi gajah pun ada.
ulat bulu kot
punyer la besar cengkerik ni..
berhenti rehat lagi..pelan2 kayuh..
Punyer ler deras air. kebetulan baru lepas hujan semalamnya. camne nak mancing nih..?
punca air gunung untuk minum dan mandi
"Kita diri kemah kat sini" kata abg guide.
Pacat..!! kaki Meor antara yang paling digemari pacat.
Adidas kampung.. kasut yg paling sesuai untuk aktiviti ini. murah dan lasak..
Bersambung...