Saturday, November 14, 2009

RIANG RIA DI KELONG


Posting kali ini aku ingin membawa pembaca blog ini bersama2 untuk mengimbau kembali kenangan semasa aku berpiknik di kelong seketika dahulu. Trip ini cuma disertai aku dan isteriku, Din dan isterinya sahaja. Boleh dikatakan macam honeymoon la.. hehe. Destinasi yang aku maksudkan ialah KELONG ACHEH..


KELONG ACHEH


Kelong Acheh terletak di perairan Penyabong, Mersing, Johor. Aktiviti pancingan di kelong boleh dikategorikan sebagai acara santai kerana kita boleh juga membawa keluarga bersama2 berpiknik dan bergembira sambil memancing. Marilah kita sama2 saksikan.. Zass..!!

Lakaran peta yang menunjukkan lokasi kelong Acheh..


Aku dan isteriku di atas bot ketika dalam perjalanan ke kelong..




Inilah bot2 yang membawa pemancing2 dan pengunjung2 dari jeti Penyabong ke kelong..

Bilik/dorm yang disediakan kepada pengunjung..

Ruang legar yang luas..

Bangku untuk keselesaan pengunjung..


Restoran pun ada.. Kat sini ada disediakan pakej. 3 hari 2 malam, makan 5 kali sehari, RM250 seorang (dewasa) termasuk bayaran sewa memancing dan bilik tidur. Untuk 2 hari 1 malam cuma RM150 seorang. Macam kat hotel plak..

Suasana ketika jamuan makan tengahari.. Lauk special tu.. Cuba perhatikan betul2 diorang makan.. Takde nak toleh kiri kanan punyer.. Kalau pak mertua lalu kat sebelah pun tak perasan.. Haha..



Suasana ketika memancing di siang hari..





Aksi pemancing2 cilik yang bakal mewarnai arena memancing suatu hari kelak..



Tengiri.. antara ikan2 yang berjaya dinaikkan.



Salah satu aksi menaikkkan ikan yang agak mendebarkan.. Layan bang jangan tak layan..
Nampaknya hero kita yang berjaya menaikkan gerong belang ni agak keletihan.. steady la bang..

Gerong belang 7.8 kg.. Cayalah..


Isteriku yang first time memancing, nampak gembira apabila berjaya menaikkan ikan dengan menggunakan apollo..


Ikan kunyit je.. itupun sudah cukup menggembirakan bagi seorang first timer.


Aku, Din, dan isterinya, Kajol sedang menunggu ikan menjamah umpan..



Hahaha..nak cakap pun segan..



Amboi.. posing nampak..

Ini bukan posing.. tapi cangkung sambil pusing..hehe.




Di tengah ceracak batang nibong ini ada diletakkan jaring untuk memerangkap ikan kecil dan sotong untuk dijadikan umpan..


Pemandangan di kelong Acheh ketika hampir senja..

Di kelong ini ada menyediakan umpan hidup ikan kecil dan sotong secara percuma..

Barracuda @ alu-alu

Posing di atas bot sebelum bergerak balik ke jeti..


Walaupun trip ini tidak memberikan hasil tangkapan yang banyak, pengalaman yang menyeronokkan selama 3 hari di sini memang tidak dapat kami lupakan. Dan yang pasti kami akan kembali berpiknik di sini lagi pada masa akan datang.. Wassalam...

7 comments:

  1. Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    isssshhhh kau dah kawin rupanya... tak tau lah plak aku .... bestnya kelong acheh tu ko tak pernah ajak pun... yup suatu hari nanti aku akan honey moon gak kat sana... eeee tapi bila gak nya ye... Dan aku rasa lah bila ko tunjuk wife ko tu... mesti awek-awek kat blog ko senonggeng kecewa.... ha....ha...ha... kesian mereka tu... menaruh harapan

    ReplyDelete
  2. Salam utk en nizam..Ceh, sudah la.. Kan ke aku dah ajak ko aritu.. ko ckp tak sempat, ada hal.. klu ko nak ikut 22hb ni aku ada trip g teluk sengat..

    ReplyDelete
  3. Bestnya honeymoon kat sni. sgt2 sesuai bg kaki pancing mcm kita.hehe.. akan dipertimbangkan idea ni. laporan yang menarik, tahniah tuan..

    ReplyDelete
  4. thanks katie
    nice to see, happy to be there..

    ReplyDelete
  5. hehe.. memang best bro zaidy..
    thanks atas komen

    ReplyDelete
  6. best memang best masa ni....ikan kurang galak cuma suasana dan kelengkapan di kelong tu membuatkan kami terhibur...HONEYMOON la katakan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...