Friday, November 6, 2009

Tanjung Pelepas..

Cerita pancing kali ini adalah kiriman dari rakan seperjuangan Wahid dan rakan2 lain yang telah menduga di perairan Tg Pelepas. Dalam trip kali ini aku tidak dapat turut serta kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan. Marilah kita saksikan gambar2 yang dikirimkan oleh beliau... Untuk trip ini mereka menyewa bot di Pantai Lido, Johor. Gambar ini diambil ketika mereka membeli umpan di sebuah rumah rakit di kuala Sg Melayu, Johor. Umpan yang digunakan ialah udang hidup..


Sebenarnya umpan lain pun boleh juga digunakan, cuma umpan udang hidup lebih galak berbanding umpan lain..

Walaupun setelah mencuba beberapa lubuk , tapi takde ikan yang nak menjamah umpan. Tengoklah brader tu siap termenung mengenang nasib.. Sabar bang..



Dengan berkat kesabaran yang mereka ada, akhirnya.. apabila air mula gerak surut tiba2 ikan menjamah umpan dengan galaknya..lihatlah hasilnya..lumayan kan..




Gambar hasil tangkapan setelah di zoom sedikit.. lumayan.. Tahniah untuk Wahid dan rakan2.


Kejayaan trip ini membuatkan aku tidak senang duduk.. Ye la, sape tak geram tengok hasil yang macam ini kan.. Yang pastinya, satu hari nanti aku pulak nak cuba lubuk ini.. Tunggu...


Sekian saja untuk kali ini.. Adioss..!!

1 comment:

  1. salam http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    en Amir ko tengok orang lain gi memancing gak.. tapi dapat ikan hah kau banyak beb..
    Bile lagi ko nak dapat ikan cam ni banyak eeeee....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...