Patin Sg Mekong
Patin.. atau nama saintifiknya pangasius sutchi merupakan sejenis ikan air tawar yang amat digemari oleh pemancing2 lombong dan sungai.. Ikan jenis meserba ini mempunyai dua sengat di sirip tepi kiri kanan dan satu sengat di sirip atas tidak bersisik dan lembut.. Bukan itu sahaja ikan patin juga mempunyai isi dan rasa yang amat sedap. Mungkin inilah puncanya mengapa ikan ini digilai pemancing2 air tawar.
Berikut adalah trip aku dan rakan2 ke Sg Semangar, Kota Tinggi, Johor..
. 
Umpan biji sawit yang diperam semalaman

Nelayan tempatan mencari rezeki..
Wahid sentiasa kehilangan batu ladung akibat tersangkut pada struktur dasar sungai yang mengalu alukan kehadiran batu dan mata kail untuk menjadi warga sungai..
Penggunaan loceng digalakkan kerana kadar ragutan ikan agak perlahan dan lambat..
Kopi panas dan makanan ringan yang melengkapkan trip kami.. macam picnic la pulak..
Siap bawak kerusi beb.. baru lah picnic namanya 
Bubu yang dipasang oleh nelayan tempatan...
Akhirnya.. Anat berjaya jugak menjinakkan seekor patin buah yang beratnya hampir sekilo..
Nampaknya trip kali ini tidak begitu memberangsangkan.. Walau bagaimanapun ini tidak melemahkan semangat kami untuk menjejak spesis ini.. Sekian..