Wednesday, September 2, 2009

Udang Galah.. trip kedua..( baru nak pandai.. )

Kali ini saya dan kawan2 merancang trip ke sg sedili, johor. Sungai ini warnanya agak gelap. Gerun gak. Maklumlah, biasanya kalau ada udang galah, maka adalah jugak otainye..Airnya masin ada, tawar pun ada. kira payau la.. Trip kali ini memang betul2 mencabar. Kami terpaksa mendayung kerana pemilik bot yg kami sewa tidak menyewakan enjin. enjin rosak! Nak buat camne.. Demi mencapai objektif yg dipersetujui, maka kami pun dayunglah ikut arus.. Tetapi malangnye semasa perjalanan balik ke jeti kami terpaksa melawan arus sungai. Peh.. sengsara beb..! Tapi takpe, objektif tercapai... hehe..



kalau tengok udang kat sini kaler dia macam lusuh sikit kan..mungkin udang tua kot.. ataupun mungkin sebab warna air sungai ni. Ahh.. yg penting namanye udang galah..



Udang kat sini kurang kuat melawan. mungkin sebab airnye yg sentiasa berubah.. bila air pasang jadi masin, bila air surut jadi tawar plak..



Pit, selaku ketua trip yg tunjuk port udang kat sg sedili ni.. tak sempat nak amik gambar masa kat atas bot. kat sini pun jadi la.


Hasil tangkapan..walaupun tak banyak, kira sukses la ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...