Ini adalah trip pengenalan aku kepada pancingan udang galah. Kira trip santai la ni..aku tak pernah pun mancing udang sebelum ni.. lubuk ni berdekatan dengan kg aku.. bawah jambatan sg panchor, muar, johor. Selalu dok dengar je cerita orang pasal memancing udang galah.. ada yg cakap susah lah.. kena sabarlah..kalau tak sabar tak naik ler udang tu.. maka dgn itu aku pun meluangkan sedikit masa untuk merasa penangan makhluk bersepit ni.. Ini dia udang pertama yg aku naikkan...hee.. syok gak. ada karan beb..
Walaupun trip ini tak memberikan hasil yang menggalakkan, tapi aku puas kerana aku sudah pun mengetahui serba sedikit tentang pancingan udang galah yang menjadi kegilaan bagi peminatnya...sukses!! Yeah!!
No comments:
Post a Comment