Friday, September 4, 2009

Udang Galah... trip ketiga..( pengalaman baru.. )

Kali ini sepupu aku beria-ia mengajak aku mengail udang galah selepas melihat gambar trip aku yg lepas. aku pun amik cuti dan mengatur satu trip yg agak emergency ini. sepupu aku ni ijan namanya. dia ni memang kategori yg agak gila memancing. Ikut kepala dia kalau takde hasil pun takpe, Asalkan dapat labuh pancing kat air pun jadiklah. Destinasi kali ini di sungai yg berdekatan dgn kampung aku. Sungai Panchor, Muar, Johor
Kami kurang bernasib baik kerana setibanya kami di jeti kami dimaklumkan oleh penduduk di situ hujan baru lepas turun malam tadi. Biasanya bila lepas hujan udang galah kurang galak memakan umpan. Tapi kami redah je. dah amik cuti beb..



Tetapi ada lagi satu masalah timbul. Sape plak nak bawak bot? ijan memiliki sebuah bot yg dikongsinya bersama rakannye di sg sembrong, kluang, johor di mana dia tinggal sekarang. Rupa2nya dia cuma memiliki bot, tapi tidak pernah membawanya. Dalam fikiran ijan pula aku yg akan bawak bot sebab aku selalu memancing, katanya. Ahh, kacau!

Setelah berbincang utk kali kedua, maka keputusan pun dibuat.. Aku yg kena bawak bot! Walaupun aku pernah tengok macam mana org mengendalikan kenderaan air berenjin sangkut ni, tapi itu cuma teori je.. teori dengan praktikal tak sama beb. tapi takpe, ku gagahi jua..yah!




Aku pun start enjin, masuk gear foward, aku pulas throttle.. bot berenjin 2 kuda pun bergerak. Yeehaa! Bot bergerak ke tengah.. ke tepi.. haha.. aku berjaya walaupun tak perfect.. Itulah pengalaman pertama aku bawak bot enjin sangkut.. lama2 seronok pulak rasanya...hehe..
ijan mendapat sambaran pertama di lubuk yg agak galak ini....
Udang kat sini agak kuat melawan.. air kat lubuk ni agak dalam, banyak udang yang rabut masa melayan tarikannya.. peh..berkaran beb.



Ijan dan jongkong yang berjaya dinaikkan.. berlagak la tu..

Ini belut ke tilan? aku pun tak pasti.maka aku pun terus mengamalkan 'catch and release'.Tetapi, yang pasti harganya mencecah sehingga RM65 di kedai akuarium kalau bersaiz begini. Itu pun aku tau selepas naik ke jeti apabila aku menunjukkan gambar ini kepada penduduk sekitar situ.

Asyik ijan je yang naik jongkong.. mana bleh jadi nih.. ijan.. catch n release, baru la udang tak pupus.. haha..




Inilah dia hasil selama setengah hari memancing...kira ok la.. yang penting aku mendapat satu pengalaman baru.. bawak bot.. yeah!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...