Posting kali ini aku ingin membawa pembaca blog ini bersama2 untuk mengimbau kembali kenangan semasa aku berpiknik di kelong seketika dahulu. Trip ini cuma disertai aku dan isteriku, Din dan isterinya sahaja. Boleh dikatakan macam honeymoon la.. hehe. Destinasi yang aku maksudkan ialah KELONG ACHEH..
KELONG ACHEH

Kelong Acheh terletak di perairan Penyabong, Mersing, Johor. Aktiviti pancingan di kelong boleh dikategorikan sebagai acara santai kerana kita boleh juga membawa keluarga bersama2 berpiknik dan bergembira sambil memancing. Marilah kita sama2 saksikan.. Zass..!!
Lakaran peta yang menunjukkan lokasi kelong Acheh..
Aku dan isteriku di atas bot ketika dalam perjalanan ke kelong..

Inilah bot2 yang membawa pemancing2 dan pengunjung2 dari jeti Penyabong ke kelong..
Bilik/dorm yang disediakan kepada pengunjung..
Ruang legar yang luas..
Bangku untuk keselesaan pengunjung..
Restoran pun ada.. Kat sini ada disediakan pakej. 3 hari 2 malam, makan 5 kali sehari, RM250 seorang (dewasa) termasuk bayaran sewa memancing dan bilik tidur. Untuk 2 hari 1 malam cuma RM150 seorang. Macam kat hotel plak..
Suasana ketika jamuan makan tengahari.. Lauk special tu.. Cuba perhatikan betul2 diorang makan.. Takde nak toleh kiri kanan punyer.. Kalau pak mertua lalu kat sebelah pun tak perasan.. Haha..
Suasana ketika memancing di siang hari..
Aksi pemancing2 cilik yang bakal mewarnai arena memancing suatu hari kelak..
Tengiri.. antara ikan2 yang berjaya dinaikkan.
Salah satu aksi menaikkkan ikan yang agak mendebarkan.. Layan bang jangan tak layan..
Nampaknya hero kita yang berjaya menaikkan gerong belang ni agak keletihan.. steady la bang..
Gerong belang 7.8 kg.. Cayalah..
Isteriku yang first time memancing, nampak gembira apabila berjaya menaikkan ikan dengan menggunakan apollo..
Aku, Din, dan isterinya, Kajol sedang menunggu ikan menjamah umpan..
Hahaha..nak cakap pun segan..Di tengah ceracak batang nibong ini ada diletakkan jaring untuk memerangkap ikan kecil dan sotong untuk dijadikan umpan..
Pemandangan di kelong Acheh ketika hampir senja..
Di kelong ini ada menyediakan umpan hidup ikan kecil dan sotong secara percuma..
Barracuda @ alu-alu

Posing di atas bot sebelum bergerak balik ke jeti..

Walaupun trip ini tidak memberikan hasil tangkapan yang banyak, pengalaman yang menyeronokkan selama 3 hari di sini memang tidak dapat kami lupakan. Dan yang pasti kami akan kembali berpiknik di sini lagi pada masa akan datang.. Wassalam...















