Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDILADHA dan SELAMAT HARI RAYA KORBAN




SALAM AIDILADHA dan SELAMAT HARI RAYA KORBAN dari warga barramundi angler.

LAMBAIAN KAABAH


Surah al-Haj ( ayat 27 ) yang bermaksud : " Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kepada ( rumah Tuhan ) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan ( dan ceruk rantau ) yang jauh".



Surah Aali-Imran (Sebahagian daripada ayat 97 ) yang bermaksud : " Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatupun dari sekelian makhluk ".

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI, SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR..AMIN..

Saturday, November 14, 2009

RIANG RIA DI KELONG


Posting kali ini aku ingin membawa pembaca blog ini bersama2 untuk mengimbau kembali kenangan semasa aku berpiknik di kelong seketika dahulu. Trip ini cuma disertai aku dan isteriku, Din dan isterinya sahaja. Boleh dikatakan macam honeymoon la.. hehe. Destinasi yang aku maksudkan ialah KELONG ACHEH..


KELONG ACHEH


Kelong Acheh terletak di perairan Penyabong, Mersing, Johor. Aktiviti pancingan di kelong boleh dikategorikan sebagai acara santai kerana kita boleh juga membawa keluarga bersama2 berpiknik dan bergembira sambil memancing. Marilah kita sama2 saksikan.. Zass..!!

Lakaran peta yang menunjukkan lokasi kelong Acheh..


Aku dan isteriku di atas bot ketika dalam perjalanan ke kelong..




Inilah bot2 yang membawa pemancing2 dan pengunjung2 dari jeti Penyabong ke kelong..

Bilik/dorm yang disediakan kepada pengunjung..

Ruang legar yang luas..

Bangku untuk keselesaan pengunjung..


Restoran pun ada.. Kat sini ada disediakan pakej. 3 hari 2 malam, makan 5 kali sehari, RM250 seorang (dewasa) termasuk bayaran sewa memancing dan bilik tidur. Untuk 2 hari 1 malam cuma RM150 seorang. Macam kat hotel plak..

Suasana ketika jamuan makan tengahari.. Lauk special tu.. Cuba perhatikan betul2 diorang makan.. Takde nak toleh kiri kanan punyer.. Kalau pak mertua lalu kat sebelah pun tak perasan.. Haha..



Suasana ketika memancing di siang hari..





Aksi pemancing2 cilik yang bakal mewarnai arena memancing suatu hari kelak..



Tengiri.. antara ikan2 yang berjaya dinaikkan.



Salah satu aksi menaikkkan ikan yang agak mendebarkan.. Layan bang jangan tak layan..
Nampaknya hero kita yang berjaya menaikkan gerong belang ni agak keletihan.. steady la bang..

Gerong belang 7.8 kg.. Cayalah..


Isteriku yang first time memancing, nampak gembira apabila berjaya menaikkan ikan dengan menggunakan apollo..


Ikan kunyit je.. itupun sudah cukup menggembirakan bagi seorang first timer.


Aku, Din, dan isterinya, Kajol sedang menunggu ikan menjamah umpan..



Hahaha..nak cakap pun segan..



Amboi.. posing nampak..

Ini bukan posing.. tapi cangkung sambil pusing..hehe.




Di tengah ceracak batang nibong ini ada diletakkan jaring untuk memerangkap ikan kecil dan sotong untuk dijadikan umpan..


Pemandangan di kelong Acheh ketika hampir senja..

Di kelong ini ada menyediakan umpan hidup ikan kecil dan sotong secara percuma..

Barracuda @ alu-alu

Posing di atas bot sebelum bergerak balik ke jeti..


Walaupun trip ini tidak memberikan hasil tangkapan yang banyak, pengalaman yang menyeronokkan selama 3 hari di sini memang tidak dapat kami lupakan. Dan yang pasti kami akan kembali berpiknik di sini lagi pada masa akan datang.. Wassalam...

Friday, November 6, 2009

Tanjung Pelepas..

Cerita pancing kali ini adalah kiriman dari rakan seperjuangan Wahid dan rakan2 lain yang telah menduga di perairan Tg Pelepas. Dalam trip kali ini aku tidak dapat turut serta kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan. Marilah kita saksikan gambar2 yang dikirimkan oleh beliau... Untuk trip ini mereka menyewa bot di Pantai Lido, Johor. Gambar ini diambil ketika mereka membeli umpan di sebuah rumah rakit di kuala Sg Melayu, Johor. Umpan yang digunakan ialah udang hidup..


Sebenarnya umpan lain pun boleh juga digunakan, cuma umpan udang hidup lebih galak berbanding umpan lain..

Walaupun setelah mencuba beberapa lubuk , tapi takde ikan yang nak menjamah umpan. Tengoklah brader tu siap termenung mengenang nasib.. Sabar bang..



Dengan berkat kesabaran yang mereka ada, akhirnya.. apabila air mula gerak surut tiba2 ikan menjamah umpan dengan galaknya..lihatlah hasilnya..lumayan kan..




Gambar hasil tangkapan setelah di zoom sedikit.. lumayan.. Tahniah untuk Wahid dan rakan2.


Kejayaan trip ini membuatkan aku tidak senang duduk.. Ye la, sape tak geram tengok hasil yang macam ini kan.. Yang pastinya, satu hari nanti aku pulak nak cuba lubuk ini.. Tunggu...


Sekian saja untuk kali ini.. Adioss..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...