Thursday, December 31, 2009

Riang Ria di Dewan BADMINTON

Assalammualaikum... Selalu aku citer pasal memancing.. asyik citer pasal ikan pun bosan jugak kan.. kita citer pasal sukan plak.. Kali ini aku nak bawak korang ke dewan badminton..

Korang pun tau camne nak main badminton, tak yah la nak citer lagi.. So, korang tengok je lah beberapa aksi permainan kat bawah nie.. Layan... Wajah keletihan ketika berehat.. Saje je buat2 nampak letih..hehe..



MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Sekian saja untuk kali ini.. Kita jumpa lagi dalam cerita akan datang.. Adioss..!!


Patin SG SEMANGAR

Lagi satu rekod ikan patin buah yang berjaya dinaikkan oleh sahabat memancing Sharil di Sg Semangar, Kota Tinggi, Johor. Tahniah kepada beliau..

Wednesday, December 30, 2009

Patin SG SEMANGAR

Ini adalah antara ikan patin yang berjaya dinaikkan oleh sahabat memancing Sharil ( sebelah kanan ) dan Anat di Sg Semangar, Kota Tinggi, Johor.


Monday, December 28, 2009

Menjejak Patin SUNGAI SEMANGAR




Patin Sg Mekong
Patin.. atau nama saintifiknya pangasius sutchi merupakan sejenis ikan air tawar yang amat digemari oleh pemancing2 lombong dan sungai.. Ikan jenis meserba ini mempunyai dua sengat di sirip tepi kiri kanan dan satu sengat di sirip atas tidak bersisik dan lembut.. Bukan itu sahaja ikan patin juga mempunyai isi dan rasa yang amat sedap. Mungkin inilah puncanya mengapa ikan ini digilai pemancing2 air tawar.

Berikut adalah trip aku dan rakan2 ke Sg Semangar, Kota Tinggi, Johor..
.

Umpan biji sawit yang diperam semalaman

Nelayan tempatan mencari rezeki..


Wahid sentiasa kehilangan batu ladung akibat tersangkut pada struktur dasar sungai yang mengalu alukan kehadiran batu dan mata kail untuk menjadi warga sungai..


Penggunaan loceng digalakkan kerana kadar ragutan ikan agak perlahan dan lambat..
Kopi panas dan makanan ringan yang melengkapkan trip kami.. macam picnic la pulak..
Siap bawak kerusi beb.. baru lah picnic namanya

Bubu yang dipasang oleh nelayan tempatan...
Akhirnya.. Anat berjaya jugak menjinakkan seekor patin buah yang beratnya hampir sekilo..
Nampaknya trip kali ini tidak begitu memberangsangkan.. Walau bagaimanapun ini tidak melemahkan semangat kami untuk menjejak spesis ini.. Sekian..

Tuesday, December 22, 2009

Duyung @ MERMAID Episode 7

Take a look at this bunch of scary mermaids. are they real or fake ? Well, mermaids are supposedly half fish, half human creatures who live in the sea and lure by sick sailors by the death. They are creatures of myth and legend going back thousand of years. But do they really exist ?
They was a tradition a long time ago of manufacturing fake mermaid carcasses for public display out of the body parts and dead monkeys and fish. The photographs you have just seen exemplify such hoaxes. The most famous hoax was the Fiji Mermaid displayed by P.T. Barnum above.
Barnum's mermaid was really an artifact purchased secondhand by the great showman in the mid-1800s and exhibited throughout the United Stated as a carnival attraction. Yet another specimen still in existence was fabricated in Japan and said to be 1,400 years old.

Duyung @ MERMAID Episod 6

Di sini dipaparkan gambar duyung yang dipercayai ditemui di Teluk Bahang. Saksikanlah..




Monday, December 21, 2009

Duyung @ MERMAID Episod 5

Makhluk yang dipercayai duyung.. Korang tengoklah sendiri..


Sekali tengok macam jenglot pun ada..

Macam tak percaya pulak yang ini lah ikan duyung yang sebenarnya. Selama ini kita dengar cerita dan fantasinya yang indah2 sahaja. Tapi inilah realitinya.. Terpulang pada korang nak percaya ke tidak.. Aku cuma menyampaikan je.. Kalau tipu diorang, maka tipulah aku.. Haha... Sekian sahaja untuk episod kali ini.. Adioss..!!

Wednesday, December 16, 2009

Duyung @ MERMAID Episod 4

Dongeng atau kenyataan...?
Satu keratan akhbar yang melaporkan penemuan duyung.. Sama ada ia benar atau tidak, lu pikir la sendiri..

Duyung @ MERMAID Episod 3

Video di bawah menunjukkan duyung yang ditemui selepas ribut di Kudat.. Percaya atau tidak, lu pikir la sendiri..

Tuesday, December 15, 2009

Duyung @ MERMAID Episod 2

Seperti yang kita semua telah maklum, ikan duyung sememangnya digambarkan berwajah cantik. Sila saksikan gambar2 dan watak filem di bawah..

Watak dalam cerita Duyung yang dipegang oleh Maya Karin

Satu watak duyung dilakonkan oleh Marian Rivera dalam telemovie filipina Dyesebel, cantik kan..?

Ilustrasi dan fantasi yang digambarkan terhadap duyung



Duyung dalam bath tub..hehe..


Friday, December 11, 2009

Duyung @ MERMAID Episod 1

Ikan Duyung.. Kalau dalam bahasa orang putihnye Mermaid.. Bila sebut je ikan duyung pasti ramai yang dah terbayangkan seorang perempuan cantik yang mempunyai tubuh badan separuh ikan dan separuh manusia..bersisik dari paras pinggang ke bawah, dan menyerupai manusia dari paras pinggang ke atas.. Bagi pembaca lelaki, saya tahu apa yang anda bayangkan.. Sebab saya pun membayangkan benda yang sama.. hahaha.. orang lelaki.. biasalah.. Walau bagai mana pun, sejauh manakah kebenarannya ? Adakah seperti yang dibayangkan, adakah seperti yang ditayangkan di wayang gambar ataupun mediamasa ? Bak kat Juara Raja Lawak Nabil " Lu pikir la sendiri.." Kita tunggu cerita seterusnya dalam episod akan datang. Bersambung.........


Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman ataupun pernah terjumpa ikan duyung ataupun tahu mengenai ikan duyung silalah berikan komen anda di ruangan shoutbox ataupun di ruangan komen.. komen anda dialu-alukan..terima kasih.

Thursday, December 10, 2009

TENGIRI SEDILI

Ini adalah antara tengiri yang berjaya ditewaskan di perairan sedili..
Gambar ini di kirimkan oleh sahabat pancing , Habib Din.

Jelas terpancar di wajah beliau warna2 keriakkan.. haha.. Apa pun tahniah untuk beliau.. Cayalah..

Monday, December 7, 2009

PEUGEOT 406

Peugeot . Nama yang cukup sinonim dengan peminat kereta continental. Tak perlu lah diperkatakan lagi kerana kereta buatan Perancis memang cukup berkuasa dan memberikan kepuasan kepada pemandunya.. Post ini sebenarnya memperkenalkan sahabat aku, Fadzli yang cukup menggilai kereta ini. Kepada yang ingin mengenali beliau sila klik gambar atau nama beliau.. semoga beliau telah mengupdate blog beliau.. Adioss..!!

Saturday, December 5, 2009

TENGIRI

gambar hiasan

MENDUGA PERAIRAN SEDILI

Sedili.. Nama yang selalu menjadi sebutan di kalangan pemancing2 dengan acara pancingan laut dalam.. Biasanya ikan yang menjadi target pemancing2 yang turun ke Sedili ialah ikan tengiri..

Cara yang lebih berkesan untuk memancing tengiri di sini ialah dengan kaedah umpan hidup berhanyut.Dalam trip ini kami menggunakan ikan selar hidup yang kami pancing menggunakan apolo sebagai umpan.

Set pancing yang kami gunakan tidaklah besar.Kekili cukuplah sekadar spinning bersiri 3000 - 4000 ataupun kekili menegak yg seumpama dengannya. Joran berskala PE 1.5 sahaja.. Tali utama 25 - 30lb braided line... perambut flurocarbon 30lb dengan kepanjangan 7 meter ataupun lebih kurang 4 depa tangan.. dan disambungkan dengan perambut steel putih 25 - 30lb . Elakkan menggunakan perambut yang lebih besar kerana tengiri di sini agak sensitif dengan perambut yang kasar. Lagi cantek kalau gunakan perambut flurocarbon invisible line... Mata kail bernombor siri 2/0 -3/0. Kami tidak menggunakan swivel, sebaliknya kami menyambung perambut ke tali utama dengan ikatan fg knot supaya perambut yang panjang tadi senang di karau masuk terus ke dalam spool..


Berikut adalah antara gambar2 yang sempat aku rakamkan semasa aku mengikut rakan2 seperjuangan menduga perairan sedili ini..layan..
Bila tengiri tak nak makan, main bottom la jawabnya..
ikan merah tunggal trip ini.. ikan lain terus hilang selepas sambaran kuat pada joran aku dan rabut (terlepas) selepas lima minit bertarung..hampeh tul !!

p/s : Untuk memperoleh ikan merah atau ikan bersisik yang banyak pastikan semasa menaikkan ikan jangan sampai terputus ataupun ikan rabut(terlepas) dari matakail. Apabila ikan yang terlepas memecut dengan mengejut, ini akan menyebabkan ikan2 lain ketakutan dan menghilang terus dari situ. Sebab selalunya ikan2 ini bergerak dalam kumpulan. Ini petua orang tua2. Kalau korang nak percaya, percayalah..kalau tak nak percaya pun, percayalah.. Hehe..


Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..

gelama @ tirusan


Kerapu a.k.a malabar grouper ( Epinephelus malabarikus )


Antara hasil yang diperolehi menggunakan teknik pancingan dasar


Lagi gambar hasil tangkapan.


Cencaru makan petang... ini adalah sebahagian dari ikan lauk yang kami dapat menggunakan kaedah apolo

Sesi mengagih-agihkan hasil tangkapan

Faraid betul2 beb.. jangan sampai ada yang kecil hati..


Harapan kami agak menggunung untuk menjerat tengiri dalam trip ini, tetapi tiada tengiri yang berjaya didaratkan.. Walau apapun kami tetap bersyukur dengan hasil tangkapan sepanjang sehari memancing. Apa yang pasti aku akan kembali satu hari nanti untuk memburu tengiri lagi.. Majulah Memancing Untuk Negara.. Yeah!!

Adios..!!

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDILADHA dan SELAMAT HARI RAYA KORBAN




SALAM AIDILADHA dan SELAMAT HARI RAYA KORBAN dari warga barramundi angler.

LAMBAIAN KAABAH


Surah al-Haj ( ayat 27 ) yang bermaksud : " Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kepada ( rumah Tuhan ) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan ( dan ceruk rantau ) yang jauh".



Surah Aali-Imran (Sebahagian daripada ayat 97 ) yang bermaksud : " Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak berhajatkan sesuatupun dari sekelian makhluk ".

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI, SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR..AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...