Friday, June 18, 2010

VARIVAS Fishing Knot


Ikatan varivas lebih mudah dan mempunyai kekuatan yang sama dengan fg knot..


Thursday, June 17, 2010

FG KNOT

Salam sejahtera..

Post kali ini ditujukan khas untuk kaki popping, jigging dan sesiapa sahaja yang menggunakan tali sulam (braided lines) khususnya.
Tali sulam dari pelbagai jenama seperti Varivas, Power Pro, Berkely Whiplash, Spiderwire semakin popular pada hari ini dengan tersebarnya pengenalan teknik jigging dan popping dalam arena pancingan moden ini..

Teknik jigging terutamanya di laut dalam sehingga 150m tentunya memenatkan sekiranya menggunakan kekili yang besar untuk memuatkan tali mono yang panjang. Dengan ini penggunaan tali sulam yang lebih halus adalah lebih sesuai untuk kekili kecil yang ringan dan laju seperti Shimano Ocea Jigger 4000P, Daiwa Saltiga, Shimano Stella, Accurate 665, Avet MX/LX tetapi mempunyai kekuatan yang luar biasa.

Justeru itu berbagai jenis ikatan diciptakan untuk kesesuaian penggunaan tali sulam (braided line) ini. Antaranya ialah FG knot @ mid knot, varivas knot dan improve albright knot..

Ikatan ini juga akan lebih memudahkan ketika membuat lontaran untuk teknik popping kerana perambut kejutan atau shock leader yang panjang akan terus dikarau masuk ke dalam kekili tanpa perlu menggunakan swivel atau chili.

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara mengikat FG knot @ mid knot.





How To Tie The FG KNOTS @ Mid Knot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...