Tuesday, January 26, 2010

Trip Mengudang JANUARI


Musim panas sememangnya masa yang sesuai untuk memancing udang galah.. Trip kali ini adalah dibuat untuk melepaskan gian setelah agak lama tak melayan tarikan spesis bersepit ini.. Beberapa hari yang lalu aku menerima pelawaan dari sepupu aku, Ijan untuk memancing udang galah di Sg Grisek,Muar..Saksikan beberapa gambar yang berjaya kami rakamkan..
Gambar hiasan
Enjin bot yg berkuasa 5 kuda kepunyaan ijan.. Sewa bot fibre cuma RM 10.. jimat beb.. hehe..
Macam biasa la kalau dah penghanyir.. selalunya Ijan menjadi org pertama menaikkan udang... udang bertelur menjadi mangsa pertama kami..

Orang kedua menaikkan udang.. aku ler sape lg.. hehe..
Menu yang ada terhidang di atas cruise yg kami naiki dan disediakan chef kami.. nampak sedap kan? memang sedap beb.. ( kat atas bot semuanye sedap.. )
Bukan itu sahaja.. kami juga dihidangkan dengan siput sedut masak lemak, ayam goreng, tengiri masak kicap black pepper, telur goreng mata kerbau, dan sebalang air kopi kaw, dan lagi sebotol air mineral yg disediakan oleh chef special kami iaitu bini kami masing2.... haha.. (macam nak g piknik tepi pantai plak..)

Ikan gelama yg selalu mencuri umpan..

Orang cakap kalau banyak udang kat satu2 lubuk tu ada 'atuk' ( buaya ) kat bawah.. kalau korang terserempak dgn 'atuk' yang dimaksudkan ni, cepat2 ler korang blah.. takut ada sesuatu yang tak diingini berlaku.. Ingat org tersayang beb.. Pesan dari aku.. berhati-hatilah semasa memancing.. Sampai jumpa lagi.. Adios..!!

Saturday, January 2, 2010

SNAKEHEAD

Salam buat pembaca budiman. Post kali ini dibuat untuk memenuhi permintaan sahabat blogger bro Mizlan the Snakehead Hunter a.k.a Dark Art Caster beberapa bulan yang lalu.. Acara pancingan santai menjejak haruan ini dibuat di Taman Tasik, Johor Bahru..

Haruan bersaiz sederhana untuk tatapan semua..


My beloved wife.. setia menemani walaupun hujan gerimis. First timer.. Lokman yang baru pertama kali mencuba teknik casting haruan ini berpuas hati dengan tangkapannya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...