Gambar hiasan
Enjin bot yg berkuasa 5 kuda kepunyaan ijan.. Sewa bot fibre cuma RM 10.. jimat beb.. hehe..
Macam biasa la kalau dah penghanyir.. selalunya Ijan menjadi org pertama menaikkan udang... udang bertelur menjadi mangsa pertama kami..
Orang kedua menaikkan udang.. aku ler sape lg.. hehe..
Menu yang ada terhidang di atas cruise yg kami naiki dan disediakan chef kami.. nampak sedap kan? memang sedap beb.. ( kat atas bot semuanye sedap.. )
Bukan itu sahaja.. kami juga dihidangkan dengan siput sedut masak lemak, ayam goreng, tengiri masak kicap black pepper, telur goreng mata kerbau, dan sebalang air kopi kaw, dan lagi sebotol air mineral yg disediakan oleh chef special kami iaitu bini kami masing2.... haha.. (macam nak g piknik tepi pantai plak..)
Ikan gelama yg selalu mencuri umpan..
Orang cakap kalau banyak udang kat satu2 lubuk tu ada 'atuk' ( buaya ) kat bawah.. kalau korang terserempak dgn 'atuk' yang dimaksudkan ni, cepat2 ler korang blah.. takut ada sesuatu yang tak diingini berlaku.. Ingat org tersayang beb.. Pesan dari aku.. berhati-hatilah semasa memancing.. Sampai jumpa lagi.. Adios..!!