Monday, July 12, 2010

Aku dan KERAPU



Salam Sejahtera..

Entri kali ini membawa kita ke Kuala Sedili, Johor..Pelawaan dari sahabatku, Hamdy untuk memancing di kampung halamannya tidak aku lengahkan.. dengan pantas aku mengatur masa dan meng'adjust'kan cuti untuk menjayakan trip ini..

Dengan bersenjatakan set pancing ringan dan mempraktikkan teknik pancingan dasar Kuala Sedili aku tempuhi.. ceh.., Hehe..

Tak payah la nak berbunga lagi.. korang tengok je la gambar kat bawah..


Aku dan pilot bot, Faisal (abang kepada sahabatku Hamdy) dalam perjalanan dari jeti ke kuala Sungai Sedili

Hamdy selaku anchorman pada hari itu..

Kerapu pertama yang berjaya aku naikkan.. Sememangnya banyak kerapu bersaiz begini di sini. hinggakan kami tak menang tangan dibuatnya.. hehe.. syok woo..!!

Ikan depu pun ada di sini..

Dua ekor spesis ikan depu yang berbeza.. hehe layan..

Ketarap @ Bayan @ Parrot fish

Akhirnya, selepas hujan reda aku berjaya mendaratkan seekor kerapu yang dipanggil kerapu 'tongkah' oleh nelayan di sini.. Hehe.. layan beb..

Trip ini memang memberikan kepuasan kepada aku, ragutan ikan yang agak galak membuatkan kami terpaksa naik ke darat untuk membeli udang kerana kehabisan umpan. Tetapi, sayangnya disebabkan hujan dan kealpaan kami melayan ragutan ikan membuatkan kami terlupa untuk mengambil gambar2 yang menarik.

Sekian sahaja untuk kali ini, sebarang pandangan dan komen bolehlah diajukan di ruangan shoutbox chat atau komen..
Adioss..!!

5 comments:

  1. Amazing fish! This is one of my favorite blogs due to the exotic looking fish. Great work.

    ReplyDelete
  2. Coloradocasters.. Thank you very much for the visit and your comment.

    ReplyDelete
  3. Fuh.. best best best.. bila laa aku nak dpt join ni wehh.. Tgn pown daa berjahit nie.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Nanti dah baik luka tu bleh la join trip aku.. kita buat trip santai ke tasik kenyir.. ada berani? hehe..

    ReplyDelete
  5. ikan yg dikatakan depu tu bahayakan?dan ape beza nye ikan kerapu singa/kerapu hantu/blantok tu?..mcm lebih kurang same je..mcm mne tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...