Galeri Foto
Friday, December 17, 2010
Sunday, December 12, 2010
BULETIN PANCING
Monday, August 16, 2010
Siakap Ramadan di Bandar Maharani
Salam Ramadan..
Kepulangan aku ke kampung pada awal bulan Ramadan untuk berbuka dan bersahur bersama-sama keluarga di kampung membawa berita menarik dari rakan-rakan di kampung.
Aku dikejutkan dengan rekod dan tangkapan siakap yang dibuat rakan2 di jambatan sungai Muar.
" SIAKAP MENGGILA DI SUNGAI MUAR "
Berita ini membuatkan aku benar-benar teruja untuk menduga siakap Sungai Muar ini tetapi malangnya aku tidak membawa set pancing ketika balik cuti hari itu. Hampeh tul..!!
Nak buat camne..? Korang tengok je lah gambar2 di bawah..

Sam dengan Siakap seberat 3.8 kg

Sudirman bergaya dengan siakap pinjam.. hehe..
Tahniah kepada rakan2 dan hasil tangkapan masing2. Dan yang pastinya kalau ada rezeki dan masa, aku pulak yang akan menaikkan siakap di Sungai Muar ini suatu hari nanti.. Insyaallah...
Sekian.. Adioss..!!
Wednesday, August 11, 2010
Ramadan Al Mubarak

Firman Allah S.W.T ...
Wahai orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa.
Surah Al Baqarah, ayat 183

Abu Hurairah telah berkata, Allah SAW telah bersabda yang bermaksud,
" Sesiapa yang telah berpuasa dengan penuh Keimanan dan Keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosa yang telah lalu. "
Riwayat Imam Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Habbah dan Baihaqi.
Friday, August 6, 2010
Suka-suka di Tg Emas Muar
Post kali ini adalah sekadar memenuhi ruang blog ini yang setelah sekian lama tidak diupdate. Maklumlah penulisnya agak busy dengan tugas.
Oleh itu, saya bawakan anda semua ke kampung halaman saya sendiri di Bandar Maharani, Muar, Johor.
Macam-macam aktiviti ada di sini. Selain dari karnival,pertandingan memancing dan ekspo jual-jualan yang kerap diadakan, kita juga boleh membawa keluarga untuk berjogging, berpiknik, bersantai dan memancing suka-suka. Hehe..


Jeti Tg Emas

Besar Punya..!!
Macam yang saya cakap tadi, kita boleh memancing suka-suka di sini. Lihatlah hasilnya. Suka tak? hehe..
Hairie dengan ikan duri pulut, antara member yang selalunya jarang menolak pelawaan untuk memancing suka-suka ini.
Antara pengunjung yang melepak dan bersantai menikmati pemandangan petang.
Terkesima dan terpaku sejenak bila menyaksikan pemandangan yang indah dan cantik begini. Indahnya alam ciptaanNya...
Subscribe to:
Posts (Atom)





























